Want your
own Fotopage?










 


By: alin aziz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  >  >>]    [Archive]
Monday, 17-Mar-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
SEPUPU UMAIRAH & RAUDHAH

Dah lama rasanya tak buat entry...masuk 2 minggu balik duk kg..gambar dah banyak snap tp tang nak upload tu malas betul nak tunggu...
ni adala beberapa gambar sepupu raudhah.aritu balik kg sempat la bermain dgn sepupu yg dah lama tak jumpa..



Entah apala yg melucukan raudhah tu...tergelak sampai nampak gigi yg rongak tu..hahaha...





sepupu yg rapat dengan raudhah..nama dia nurul ain nabila..baru masuk 4 tahun tp badan dia...kus semangat..







nama budak montel ni aiman zahran...aiman tak kisah...baru masuk 7 bulan..



cute girl nur amnie baru 4 bulan...







alin, konfom mase gambar ni di snap..bebudak ni baru lepas mandi...masing2 dah berbaju tdo n bebedak sakan haaaa... he he he bersih jek tgk....

ala rongak2 pun takpe...auntie tetap cuke...cebab .. kiut sangat!!! kemain lagi gelak besar...ntah ape laa di kelakarkan sangat tu....he he he comel2 sepupu sepapat umairah ngan raudhah nie...bam-bam sumenyer....
Wed 19-Mar-2008 02:03
Posted by:lieya *mama damia & mirza* lieya_latif@yahoo.com  - [Link]
re = sorry baru perasan itu ari ada comment tanya watie pakai software apa kan...
saya pakai scrapbook flair ajek... http://www.scrapbookflair.com (kalau salah bagitau erk)
Wed 19-Mar-2008 02:04
Posted by:Mama Mya ~ Watie  - [Link]
comei nye anak2 kecik tu pakai baju tido... mcm2 pattern ...
suke tgk...

re: kite umo 32 tahun Oktober nih... time kasih
Wed 19-Mar-2008 04:30
Posted by:manJE  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Saturday, 8-Mar-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
MARILAH MARI...PERGI MENGUNDI....

Jom kita g mengundi ramai2...ingat tu 8 Mac ni...jgn lupa bawak ic ye...

Sesiapa yg dah mendaftar boleh la semak status n tahu kat mana tempat nak ngundi ye...
just click web kat bawah ni...

Undi jangan tak undi tau....



Contoh kalau dah semak status mengundi...





http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp





Kebetulan masa pergi mengundi haritu ada plak sorang pengundi tu datang siap pakai baju pengantin...ushh..semangat betul plak nak g mengundi yek..yelah kalau nak tunggu lepas habis majlis sure tak sempat punyer...hehehe..paham2 jela...
rumah pengantin ni dekat dgn rumah mak alin..lepas g ngundi memang dah plan nak g rumah pengantin ni..pengantin perempuan je ada kt sini, pengantin lelaki maybe ngundi kat tempat lain kot...tak sempat plak nak interbiu..sempat snap dgn pengantin jer...


















lama x upadate fp? Mon 17-Mar-2008 09:00
Posted by:Mama Mya ~ Watie  - [Link]
WAHHH..PENGANTIN MENGUNDI..SEMANGAT TUL.. Tue 18-Mar-2008 00:27
Posted by:eyta eytacute81@yahoo.com  - [Link]
Koleksi,
Mutiara
Kristal
Chiffon
Sutera China

Jenguk2lah http://dayangku-maskona.fotopages.com
Tue 18-Mar-2008 04:34
Posted by:reena miss_dieyoung@hotmail.com
View all 21 comments Add comment


Tuesday, 4-Mar-2008 10:14 Email | Share | | Bookmark
AKSI UMAIRAH DGN BASIKAL & KERETA



Jom layan pic2 umairah dengan basikal & keretanya....
Tak ada entry yg best nak edit ni...dah 3 minggu kami tak g jalan2, duk rumah sepanjang masa... abahnya sibuk manage PRU-12..takpela lepas habis PRU ni abah dah janji bawak kami jalan2..kemana? tunggggguuuu... .






































>> nampak cantik editing ni... Wed 5-Mar-2008 22:55
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
UMAIRA..boleh tak auty tumpang naik keta tu..
tp mcm tak muat jer..punggung aunty besar la plak..
keke..nti suruh arr mama beli keta lain..
ferrari ke..huhu
Thu 6-Mar-2008 18:25
Posted by:sitione  - [Link]
amboi2 kemain lagi si umairah mengorder pizza tu ek.. order untuk auntie sikit boleh tak Mon 17-Mar-2008 02:18
Posted by:~*mama farhan & emily*~ nazathulhamimi@yahoo.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Saturday, 1-Mar-2008 06:57 Email | Share | | Bookmark
PICNIC @ PORT DICKSON







Dah lama tak update entry FP ni...kena balik kg seminggu coz abah raudhah ada kerja di KL...terpaksala tinggal dgn atuk n nenek..mama tak berani nak tinggal kat rumah tu takut apa2 jadi nanti susah...

gambar g picnic ni pergi masa cuti krismas tahun lepas..dah basi pun... tp takpela, saje nak tambah2 photo dlm FP ni..pergi dgn nenek raudah & family maklong...ramai jgk org hari tu..
seronok tgk diorg mandi manda..mama tgk jela..nyesal jgk tk mandi masa tu..
raudhah ni takut air..nangis2 dia takutkan air laut tu..pijak pasir pun dah geli...
umairah plak suka main air & main pasir..sampai kecut dibuatnya..
seronok sgt main air..esoknya 2 beradik demam sampai seminggu...kesian.. gara2 mandi laut le ni...































la..napa alin sekali x berkubang kat PD tu..rugi orrrr..alin keje ke?ke mcm ct nie full time house wife?
ct x pernah lagi g pantai PD picnic..mesti best..
Sun 2-Mar-2008 10:44
Posted by:sitione  - [Link]
syoknyer mandi laut..kesian budak2 kicit nie demam seminggu..lain kali bwk selalu..hehehe..biasakan dgn air..ehh..betul ke.. Tue 4-Mar-2008 03:27
Posted by:eyta eytacute81@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Friday, 22-Feb-2008 10:40 Email | Share | | Bookmark
BUAT RENUNGAN PARA SUAMI DAN ISTERI...






Rahsia jadi isteri solehah


ADA yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran?
Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.
Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.
Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.
Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.
Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.
Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.
Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.
Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.
Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.
Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.
Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami.
Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip.
Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur.
Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.
Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.
Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.
Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.
Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.
Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.
Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.
Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.
Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.




Suami mithali idaman isteri


Sebagai lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?
Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.
Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa.
Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.
Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda. Tentu anda bakal diburu oleh wanita mendambakan lelaki seperti dimaksudkan.
1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.
2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.
4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.





sangat menarik...dijadikan panduan..TAHNIAH Wed 3-Jun-2009 01:32
Posted by:Hasmani Wahab mastnie@yahoo.com.my
saya suka Tue 27-Oct-2009 07:34
Posted by:hazira harif mc_gee80@yahoo.com.my
Add comment


Monday, 18-Feb-2008 14:22 Email | Share | | Bookmark
SEHARI @ DATARAN PAHLAWAN

Photo2 ni dah lama diambil, tp hari ni baru dapat masuk entry ni..just nak promote kat viewer semua datangla ke melaka...skrg macam2 ada...
kalau pergi ke a famosa bandar hilir boleh singgah kat dataran pahlawan nie..padang dia luas boleh bersantai ngan anak2 sampai malam..nak berlari ke, nak baring, makan2 semua boleh kat situ..
pastu kat bawah padang nie ada tempat blh g shopping2..berdepan betul2 dgn mahkota parade..kitaorg pun tak habis jln lg..sebelah dataran pahlawan nie ada carrefour baru buka..bnyak brg2 murah kat sana...so, sapa2 nak bercuti tuh yr r welcome to malacca historical city.. .

















promote melaka nampak...akak..tlg ajar..mcmana nak letak gambar kat plg atas tu..mcm akak letak umur anak2 akak tu..sy letak..tp xtau nak letak kat atas sekali tu..jenuh carik..tp x jumpa..hehehe..walaupun akak baru dlm FP..tp akak lbh byk explore dr sy..hehehe..bykkan bertanya yer.. Tue 19-Feb-2008 09:55
Posted by:eyta eytacute81@yahoo.com  - [Link]
ye la.. wana pun nak tau nora guna software ape ni.. hehe.. ajar sket.. ahaks Tue 19-Feb-2008 11:45
Posted by:wana
re: irfan dah masuk 16 bulan...baru je leh jalan...wanie guna kamera dslr nikon...husband punya...dia yg pandai amik gambar..wanie tak pandai pun...hehehe Wed 20-Feb-2008 02:14
Posted by:wanie~mama irfan iwanie@gmail.com  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Friday, 15-Feb-2008 10:35 Email | Share | | Bookmark
RAUDHAH & UMAIRAH @ PLAYGROUND

Act. tak ada entry yg menarik nak masuk dlm FP kali ni, tp adala beberapa photo yg nak dikongsi bersama...kalau g shopping mesti ada tmpt permainan kanak2, so selalula bawak budak 2 org ni g main2 kat situ...












Hi alin... TQ for drop by. Salam perkenalan dr kami
Umairah maknanya permaisuri... peelnya pun sama coz suka dilayan & dimanja.........
Mon 18-Feb-2008 04:18
Posted by:Mummy Umairah&Darwisy  - [Link]
waaa...nora... byk nye gambar baru... hehe.. nanti leh la gk fotopages wana laks.. tp tak byk le gambar yg wana upload.. ahaks Mon 18-Feb-2008 06:51
Posted by:wana
ehhh..mak nyer tgk jer..kenapa x naik..oo..lebih muatan yer..hehehe Mon 18-Feb-2008 08:15
Posted by:eyta eytacute81@yahoo.com  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Saturday, 26-Jan-2008 15:06 Email | Share | | Bookmark
RASYIQAH UMAIRAH

yang ini adik raudhah...diorang ni jarak umur lebih kurang setahun je...klau bwk jln2 ramai yg kata mcm kembar...besar pun lebih kurang jer..umairah dh setahun tp lum berjalan lg...bilala mama & abah nak tgk umairah ni dah pandai jalan...










[b]

alin..ok tgk betul2 camner yer nk buat..

1st sekali camni..alin chose gambar yg tuk nk letak kat atas tu..

1-paste code kat profile column TITLE-->dun save yet (tuk letak gambar kat atas)
<img src="UR PICTURE CODE">
2-then letak code lilypie kat column TAG-->
<img src="UR LILYPIE CODE"><bd><img src="UR LILYPIE CODE">

3-dah letak semua code tu baru SAVE..(JGN SAVE SATU2..nanti x jadi)

SELAMAT MENCUBA>>KLO X LEH..TANYA CT LAGI YER..
Tue 12-Feb-2008 13:04
Posted by:sitione dimensione2u@yahoo.com  - [Link]
to add links u juz need to go to profile n click on LINKS
there u can add links by typing kat column tu address FP kwn u..

Selamat Mencuba..hehehe
Wed 13-Feb-2008 08:37
Posted by:sitione  - [Link]
comel nye umairah...suka la nama umairah ni...
salam perkenalan dari irfan n co
Fri 15-Feb-2008 05:37
Posted by:wanie~mama irfan  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Friday, 25-Jan-2008 17:23 Email | Share | | Bookmark
RAUDHATUN NASUHA

ni gambar-gambar raudhah sepanjang tahun 2007...dah besar pun dia dan semakin nakal...selalu buli adik dia...dah pandai ckp tp masih pelat lg...dia ni takut dgn laut...nak pijak pasir pun geli...


















Care to comment?


Sunday, 30-Dec-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
2nd BIRTHDAY RAUDHATUN NASUHA

30 DEC 2007 raudhah dahpun masuk 2 tahun...tp majlis ni dibuat pd 1 jan 08...kali ni buat kat rumah atuk sblh mama..kami buat simple dan sederhana aje tp meriah..ramai jg yg datang,jiran2,keluarga dan saudara yg terdekat..acara mlm tu apa lg makan2 la...

raudhah bila dah masuk 2 tahun ni dh pandai ckp skit2..tp kdg2 kita pun tak faham apa yg dia ckpkan..dulu suka buli adik dia, tp skrg dh terbalik adik pulak buli kakak, sbb adik dh sama besar ngan kakak...lg satu dia suka ajuk ckp org, apa yg kita ckp dia ikut...tp seorg yg rajin, suruh ambik itu ini dia buat..suka tgk cite kartun, apa2 pun asalkan kartun..
emm...itula serba sedikit ttg raudhah, nak tahu lebih dekat lg dgn raudhah tunggu episod akan datang...
















syoookknyer...dapat hadiah besar.. Fri 15-Feb-2008 03:09
Posted by:eyta eytacute81@yahoo.com  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  [2]  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.